Thursday 5 May 2011

KawAn =)


"Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. Andainya kita ingin bersahabat..terimalah sahabat yang hanya manusia biasa.Jangan diharapkan seorang sahabat yang sempurna..kerna tiada yang sempurna di dunia ini.." 
sedikit cebisan madah yg sempat aku bace dan aku copy paste huhu..kantoi)
ala..dah pendapat same kot..ceceh..haha

Wekipedia:- 
sAhaBat

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:
Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.

 JeniS pErsahabatan

Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:
  • Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
  • Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; atau "kawan yang memberikan manfaat".
  • Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
  • True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. 

sebenarnye wujudnya kawan tu memang penting..
walaupun masih wujud gejala kawan makan kawan..kawan tikam dr belakang @ sebagainya..tapi kawan itu pengubat duka..pendengar yang setia..walau kadangkala mereka xmampu menolong kita...
dan bagi aku sendiri..
KAWAN memang mudah di cari...
tapi kawan yang 'Serasi' susah nak jumpe..
walaupun berkawan bertahun2..dari tadika ke sekolah rendah, masuk sekolah menengah..then same2 mengejar cita2 ke puncak menara gading..tapi masih susah untuk faham perasaan, sikap, sifat seorang kawan itu sendiri..tapi mereka juga seorang sahabat..tiada yg sempurna di dunia ni kan..:)
layan lagu brother's sat..dulu law hbis sekolah ke..plkn..dengar lagu ni..mesti sedeyh..hukhuk...


yang penting dalam persahabatan perlu nye hormat menghormati.. menjaga hati..(aku xreti pon jage hati org.hehehe..) dan ikhlas dlm perhubungan.
aku akhiri dgn secebis bingkisan:-

sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar,
sahabat yg setia ibarat pewangi yang mengaharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah,
nilailah semula erti persahabatan yg kita miliki..=)


kan ku jadikan kau 'TEMAN' sebagai kenangan yg terindah..=)

No comments:

Post a Comment